

Mukim Pulai, 09100 Baling,
Gerakan Revolusi Dunia Ternakan


Salam..
Aku dah kurang masa untuk mengadap blog ni lama2..Kehidupan aku la ni banyak kat kandang..Malam jadi pak guard kat sana..Kes kecurian ternakan agak kerap dan menjadi-jadi semenjak dua menjak ni..Risau gak la nak tinggal kandang lama-lama..Banyak benda serta isu yang nak aku kongsikan di sini tapi tengok kalo penting dan sempat je la yang boleh posting
Baru ni ada 3,4 orang penternak tepon aku mintak tolong cari buyer juai kambing depa sekandang..Jadi pada sapa-sapa yang nak mula bela mungkin sekarang masa yang sesuai..Bukan apa yang nak tutup kandang ni munkin juai harga borong..Ada pakcik ni mintak aku juai kambing dia, kayu-kayu kandang dengan mesin rumput sekali..Kira dah tak mau bela dah..Ada juga yang yang mintak aku tanyakan kepada rakan penternak untuk pawah, sewa atau beli kambing dia..Sapa-sapa yang berminat boleh kontek aku untuk maklumat lebih lanjut..Aku boleh bawak jumpa terus kepada tuan kandang tu..Senang deal dengan tuan kandang sendiri..Boer. Jamnapari, Kampung yang depa ada suma cantik-cantik...Boleh mai tengok sembang dulu....
Huh beriya-iya juga aku promot ni..Dapat komisen ka??Hahaha..Bukan dapat pa pun..Aku kesian tengok depa ni dan kambing tu..Yang bela dengan cara tak larat nak bela..Tapi kerja bagi kambing makan hari-hari..Kalo miss kesian gak kat kambing..Aku tengok ada pakcik ni sampai dah kurus sgt dah sebab dok main kambing ni..Dia pun dah berasa tak larat so amik keputusan juai kambing dia..
La ni makin ramai tutup kandang..Tambah pas-pas Pak Lah turun ni lagi banyak bunyi tutup kandang..Pa kena mengena kambing ngan Pak Lah??Pelaburan untuk kambing ni tak berbaloi ke??Banyak tu pelaburan pastu berenti sekerat jalan..
Aku cuba kaji permasalahan ni..bukan kaji formal sangat la cuma setakat bincang ngan penternak-penternak yg lain..Faktor utama yang aku boleh simpulkan ialah masalah pengurusan kerja dan masa..Kebanyakkan penternak kambing ni menjalankan sistem intensif dan juga ada yang semi intensif..Kerja yang berterusan sampai takda masa untuk bersosial dengan keluarga dan masyarakat setempat macam pi kenduri, ziarah orang mati, ziarah keluarga, cuti bersama family..yang tu antara penyebab ada antara kalangan penternak kita makin jemu dengan kehidupan dia yang balik-balik kat kambing dia ja..Faktor kerja yang memenatkan serta...rrr nanti aku sambung lagi post ni..hahaha..bukan pa nak tunjuk kata aku aktif lg tp tak sempat nak abihkan..tp aku janji akan abiskan post ni sebab banyak benda yang aku nak sampaikan terutama nak cerita masalah penternak tutup kandang ni...aku tengok masalah ni makin serius ni apa yang sebenarnya yang berlaku dalam penternakan kambing ni yang buat rane rakan2 aku mula patah semangat..
Salam..
Jualan Kambing dan Lembu Untuk Baka, Keraian, Akikah dan Korban
Kami dengan kerjasama Intan Farm menawarkam perkhdimatan jualan ternakan kambing dan lembu untuk memenuhi keperluan saudara..
Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan di ladang kami :
Kambing Jantan Untuk Sembelihan dan Akikah = RM 15 per Kg
Kambing Betina Kacukan = RM 450 hingga RM 550 per Ekor ( Bergantung pada saiz ternakan..Kalo ada anak kira bagi sekali semasa membeli induk betina kambing)
Selain itu kami juga menawakan perkhidmatan jualan lembu dengan tawaran harga ladang yang menarik
Lembu Jantan Untuk Sembelihan dan Akikah = RM 6.10 per Kg
Kami juga menawarkan khidmat penghantaran ternakan ke kandang saudara di seluruh Malaysian dengan harga yang berpatutan dengan pembelian minimum 50 ekor ternakan untuk kambing..Lembu bergantung pada tempat dan keadaan..
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Nasri 0134001083
Nazrin 0175773548
Tentang projek aku, masalah yang lama dan sama jugak masih berulang..RUMPUT TAK CUKUUUUPP!!..Peh letih betul nak atasi masalah ni..Anyway sekarang ni rumput aku tak cukup sebab kemarau di tempat aku ditambah keadaan "el Nino" yang membuatkan keadaan panas dan kering..(tah aku je yang rasa kot..cover line konon2 rumput tak cukup sebab panas la)..Dengan keadaan aku sebagai d lonely bangla's soldier kat kandang aku peh agak perit la untuk memenuhkan kehendak serta nafsu makan kambing aku yang semakin besar..Bagi skit2 tak cukup plus siap "buat-buat" perut kempis lagi..Konon-konon perli aku r tu..
dan sekarang keadaan semakin meruncing..Aku terpaksa "cut" separuh jumlah rumput napier yang biasa aku bagi kepada ternakan..Sebagai alternatif untuk mengatasi masalah ni, aku terpaksa lebihkan dedak dan sebahagian kambing aku terpaksa lepas untuk ragut dalam kawasan kebun getah..Tapi bagi aku lepas ragut bebas ni tak berapa bagus untuk kambing sangat terutama dalam kawasan getah sebab banyak kambing aku mengalami masalah tempiras dan kutu serta luka-luka akibat duri, dawai kawat dan juga kau atau ranting tajam yang tercucuk..kadang-kadang sampai berulat baru gak perasan..Tapi keadaan la ni menyebabkan aku terpaksa mengambil risiko untuk lepas kambing pada sebelah petang..Jadi kepada sapa-sapa yang bercadang nak melawat Kelian Farm, kalo boleh mai la belah pagi skit..Sebab sebelah petang aku kena ligan kambing aku dalam kebun tu..
Sebut pasal lepas kambing ni, baru tadi aku setel masalah aku pasai kambing aku ni..Since aku kerja sorang ni, ditambah plak dengan makanan tak cukup, aku kena buat banyak gak r kerja..Banyak kerja tu takpa lagi tapi kena jugak buat 2 kerja dalam satu-satu masa..Aku kena lepas kambing aku untuk ragut dan kemudian bagi makan kambing yang tak reti nak pijak tanah..So aku lepas kambing dalam 15 minit baru aku kejar depa sebab bagi makan geng-geng yang fobia dengan tanah ni..Baru-baru ni aku lepas kambing cam biasa dan aku bagi makan kambing..Pas tu baru cari depa..tapi lama gak nak cari sebab bangsa kambing ni kalo dah bagi lepas bukan nak dok kat umah..Nu umah Makcik bedah ujung kampung depa pi..Nak jadi cerita kambing aku masuk kebun getah orang..Pokok baru 2 tahun..Yang masalahnya bukan kambing aku makan getah depa..Depa ni punya baguih pi sagat tanduk kat batang pokok getah pakcik tu dengan alasan tandok depa gatai la kot..Aku sampai ja tempat tu takdan nak halau keluaq, kat 10 pokok gak r pokok disagat depa ni..Adoihh naya orang ni..Oleh kerana aku ni tergolong dalam orang yang agak baguih juga la..(Hahaha baguih sgt la)..aku pi la cari tuan yanah tu..Jumpa gak..Alhamdulillah setel gak..Nasib baik pakcik tu pun ok..Ok pun kena ganti jugak r pokok yang askar aku kerjakan tu..Isyk..naya betoi..
Salam...
Sekarang ni tengah time hujan gak..Syok gak bole tanam rumput ni..Benih takdak???Jangan bimbang..Kami ada banyak stok benih rumput Napier Taiwan..Lagu mana kira??
Tawaran Benih rumput Napier Taiwan untuk dijual
Seguni ( 20KG - 30 kg) = RM 20
1 Tan = RM 250
Untuk kuantiti yang lebih sila hubungi kami untuk urusan lebih lanjut
Terima Kasih..
Salam...
Peh..Minggu ni memang agak memenatkan + memeritkan untuk aku..La ni suma keja aku kena buat sorang..dari A sampai Z kerja-kerja harian penternakan kambing ni aku buat sendiri..Ni suma gara-gara budak yang keja dengan aku berenti mengejut..Dengan selamba dia jawab kat member aku yang dia "Malas" bila kawan aku tanya pasai pa lari kerja..Dengan aku haram dia tak cakap..Tau-tau ditinggalkannye kambing aku tak makan aritu..Nasib bek aku backup..Peh susah gak nak cari orang tempatan yang sanggup nak keja dalam bidang ni..
Mungkin sebab aku bayar murah gaji dia..Tapi aku rasa dengan kerja yang diberikan tu taklah teruk sangat..Masuk kul 9.30 pagi sampai kul 12..Petang lak kul 4 sampai kul 6..Kerja bahagi 2 denagn aku..Mungkin jemu dan juga pengaruh rakan-rakan kot..Dok sat-sat ajak dia pi mengail, tahan burung la, ronda la..Macam-macam..Last-last aku gak naya..Takpa lagi aku yang naya..Lagiteruk kambing aku pun naya..Makan tak menentu..Kandang tak bersih..Tinja tak cuci,,Isyk
So, la ni aku la bos, kuli, kalendan, bangla, suma aku..Tapi tak kesahla janji kambing aku ok..Buat kerja sendiri ni lagi ok untuk kambing sebab kalo tuan sendiri bagi makan tentu kasi lebih punya..Jaga pun lebih..Tapi tuan dia jugak yang tergolek..Ada cadangan gak nak pakai "Orang Luar" supaya lebih boleh diharap..Tapi nak kena buat dulu penempatan kat dia..Tak sedap plak bagi dia dok kat umah aku sekarang...Nanti jiran-jiran aku tak senang dok plak..Tapi yang pastinya kos aku tak membenarkan dulu..Peh tahun ni jualan agak lembap..Aku tak tahu orang lain tapi member-member aku berasa jugak la ke"slow"an sekarang ni>>Harap-harap keadaan ni tak berpanjangan..Kalo tak peh susah gak la nak bernapas kat projek ni..Tapi bak kata member aku yang agak veteren.."Nak buat camna..Besala adat meniaga ada naik ada la surut..Tauhid ja..Adala rezki dia..Hang tau dak kambing ni dok doa kat hang supaya murah rezki hang sebab hang jaga makan minum tidoq dia.."Walaupun cara sembang sempoi ala-ala layan kopi O ais, tapi betul gak kalo difikirkan..Dan bual-bual dengan member-member yang seangkatan camni boleh mendatangkan semangat balik pada aku untuk meneruskan cita-cita Kelian Farm sebab kadang-kadang aku ada terpikir betul ke jalan aku ...Anyway aku yakin setaip cabaran dan halangan yang aku dan juga rakan-rakan seperjuangan hadapi pasti ada hikmah dan juga sinar di akhirnya..So don't give up guys..
Untuk pojek ikan keli yang aku cuba "try test tengok" tu aku isytiharkan GAGAL..Sebabnya ikan keli aku walaupun umur dah sebulan lebih tapi masih lagi berada dalam keadaan berudu..Puncanya tak dapat makan dan dengan kata lain aku tak bagi makan langsung..Tapi ni bukan aku punya idea..Pogram bela keli 3 bulan sekali bagi makan ni kiranya famous la jugak sampai masuk Majalah 3..Tapi aku mulanya pelik gak, takkan tak bagi makan langsung boleh besar..Tapi tak try tak tahu kan..Sekarang dah try baru tahu..Tapi mungkin aku salah cara penggunaan makanan dia tu..Nasib bik tak banyak keluar modai..Tak sampai RM200..Tu pun kongsi..hehehe..Tapi sian jugak keli tu..tak makan langsung..Isyk kejamnya aku..
Satu lagi projek yang aku usahakan ialah ternakan cacing..Yang ni nampak berjaya..Sisa operasi ternakan seperti sisa rumput, tinja kambing berjaya dihadam oleh cacing-cacing aku ni dan diproses menjadi baja..Projek ni nampak berjaya dan nampak boleh dikomersilkan memandangkan kos operasi yang murah dan juga pembiakan yang efisyen..Cumanya aku rasa pihak tertentu cam Mardi, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar perlu buat kajian tentang penghasilan baja cacing atau vermikompos ni agar boleh menandingi penggunaan baja kimia dari segi kualiti dan tentu sekali KOS PENGGUNAAN baja kompos ni..Baru pengusaha serta penternak-penternak dapat memasarkan produk baja kompos ni..Sebabnya pengalaman aku sendiri, nak hasilkan baja ni memang takdak masalah..Banyak kaedah dan cara boleh pakai dalam penghasilan baja ni..Tapi mampukah kita menembusi pasaran produk ni..Kalo boleh pun adakah ada keuntungan di situ..Kesimpulan yang aku boleh buat, susah kita nak bergerak sorang-sorang dalam industri ni..Kena ramai kawan dan kenalan..
Salam..
Bunyi cam nak sembang isu kesihatan ternakan..Tak ni isu lain..Isu yang boleh menjana pendapatan sampingan untuk penternak..
Hari ni Kelian Farm mengorak satu lagi lankah ke hadapan dengan memulakan "Projek Penternakan Cacing Untuk vermikompos" secara kecil-kecilan..Ada orang mempersoalkan aku mengapa cacing..Bukan leh makan pun..Pasaran pun dah kurang rancak..Jadi mengapa amik risiko??
Pertama sekali ramai yang bertanya kepada aku mengapa tak buat baja organik atau kompos..Padahal aku dah pi banyak kursus mengenai baja kompos ni..dan dah boleh hafal dah formula2 dia..Tapi aku mempunyai satu penyakit buat masa ni yang menghalang aku untuk buat..Iaitu penyakit "tak dan" ataupun tak sempat..Aku tak sempat nak menguruskan projek baja kompos secara sendirian..Nak amik orang pun rasa2nya tak berbaloi sebab masih belum tahu lagi potensi pasaran baja kompos ni..Ada kata senang pasarkan dan ada yang sebaliknya..jadi aku tak mahu amik risiko untuk buat secara besar2an..tapi nak buat sikit2 tak baloi..Last2 baru aku terpikir tentang cacing ni..baik aku beli sekilo dua letak kat tempat aku dan jadikan depa ni sebagai pekerja baja kompos aku sepenuh masa..Jimat masa dan kos..Dengan modal Rm 250, aku dapat sebatilion cacing untuk memulakan projek baja vermikompos di Kelian Farm..
Selain itu, aku berpendapat penternakan cacing di tempat aku adalah praktikal..Penjagaan cacing ni tak begitu rumit dan tak memerlukan ruang yang luas..Makanan untuk cacing juga mudah diperolehi di kandang aku..Tinja kambing adalah antara ramuan utama dan tinja kambing ni dah berlonggok-longgok dan bertan-tan di kandang aku ni..Selain tu makanan cacing juga terdiri daripada jerami..Tapi aku menggantikan jerami padi tu dengan sisa2 rumput makanan ternakan yang tak habis dan juga sampah2 sisa rumput masa chop rumput dengan mesin chopper..cuma kena cari abuk kayu dan juga "e.m" kalo nak letak..
Buat masa la ni aku tak target untuk komersilkan lagi projek ni..Baru buat percubaan..tapi aku rasa projek ternakan cacing ni praktikal dengan projek ternakan kambing ni..Selain makanan cacing tu dah ada, baja yang dihasilkan boleh aku letak kat rumput2 aku..terutamanya yang kurang subur..Sambil2 tu boleh juga aku riki2 pasaran baja vermikompos ni..kalo ada permintaan baru aku besarkan secara berperingkat..lagipun kerja senagng ja..Just bagi makan cacing tu untuk arahkan depa ni kerja..tak perlu panduan yang kompleks untuk arahkan depa ni bekerja..
Ooo tentang ternakan ikan keli aku tu dah masuk seminggu dah..Sebenarnya aku sedang cuba kaedah 3 bulan dengan hanya sekali beri makan..Aku ada juga berbincang dengan penternak ikan yang lain dan juga terbaca forum tentang kaedah yang pernah disiarkan dalam majalah 3 baru2 ni..Ada yang komen positif dan ramai juga yang berpendapat sebaliknya..Aku tak nak komen apa lagi..Sebelum ni aku pun dah cakap yang prjek ni try n error..kalo ok aku boleh proceed..kalo tak jadi, rugila sikit..tp tak la teruk mana.sgt..Tapi tak cuba tak tahu..Anyway setakat ni, ikan keli tu tak berapa nampak sangat tapi yang biak banyaknya tu pokok keladi bunting yang aku letak dalam tu..hehe pasni buat pojek pokok keladi bunting untuk makanan kambing aku..
So Kelian Farm ni dah macam ala2 mini zoo penternakan dah..heheha..banyak juga benda yang boleh aku kongsikan..Tapi teringat masa pegang cacing penuh satu tupperware tu..dulu time aku kecik2 bila nak pegi mancing pengang 5,6 ekor takde hal punya..tapi kalo dah sekilo lebih tu, hehe aku pegang gak..siap gaul2 kan dalam dia punya medium lagi..Peh laki mana boleh jatuh saham..Tapi ada gak r rasa kegelian dia tu.hehehe
Sebelum aku abiskan post ni, aku nak iklan skit yang aku nak jual sekor bapak saanen kat kandang aku nih..Tip top lagi kondisi dia..Selain tu ada juga kawan penternak kat sini nak jual kambing cross dia dalam 13 ekor tu secara borong..memang murah..nanti aku postkan iklan2 ni untuk posting hadapan..
Salam..
Sory sebab lama tak update..Peh memang seksa jugak kena sakit cikungunya ni..sampai la aku tak pulih2 lg..time malam ja dia mai sakit..jd sebab tu aku agak berat nak update blog nih..
Musim kemarau dah abih..Alhamdulillah..Tapi utk menyegarkan balik rumput2 dan tunggu dia besaq balik amik masa kat sebulan jugak..Musim kemarau baru ni jugak musim muram projek aku..Dari segi peningkatan kos dan juga pengurusan ternakan yang agak lemah terutama dari segi pengurusan anak..ada jugak la yang mati..Peh tuan kambing sakit..dengan kambing2 dia pun nak sakit..betapa akrabnya aku dengan kambingku..hehehe.
Tapi ada juga berita yang agak mengembirakan dari Kelian Farm..Tadi baru saja aku selesai pogram A.I atau Permanian Beradas utk beberapa ekor kambing aku..Aku juga mencuba sendiri pengalaman menyuntik benih sperma kambing kepada seekor kambing aku..Memang satu pengalaman dan juga ilmu yang sukar utk diperolehi..terima kasih yang tak terhingga kepada En Amir, Cik Idayu, dan juga team JPV Negeri Kedah kerana membantu menjayakan pogram A.I di Kelian Farm..
Selain itu Kelian Farm juga telah dipilih untuk dijalankan pogram Jadual Lawatan Terancang (LTJ..Tp pasai bunyi LTJ r??Ke aku yang salah translet??)..Pogram ni akan dijalankan oleh JPV Daerah dan antara pogram yang akan dilakukan ialah Lawatan Berjadual, Pogram Timbangan ternakan. Pogram Rawatan dan Kesihatan dan lain2 lagi..Terima kasih kepada JPV daerah Baling kerana sudi mengambil Kelian Farm untuk pogram ini..:)
Esok aku akan mulakan karier aku yang ntah ke berapa r..sebagai penternak Ikan Keli..Esok aku akan masukkan sebanyak 2000 ekor anak Ikan Keli ke dalam kolah air dekat kandang aku..Projek ini masih diklasifikasikan sebagai projek try n error..heheh gitulah kaedah penyelidikan aku dalam dunia penternakan ni..Try n error n Try again n error again til succed??Harap2 lepas ni kedua2 projek aku akan berjalan dengan lancar dan Kelian Farm akan bertambah maju lagi..Amin
Salam penternakan..
Agak lama gak la aku tak post apa2 dlm blog ni..Minggu lepas aku kena penyakit malas..Tapi bukan kerana sikap malas..Ini disebabkan penyakit chikungunnya yang aku kena baru2 ni..Walaupun dah sembuh 3 minggu lepas, namun penyakit ni mai balik baru2 ni..Kali ni dia attack sendi2 di tangan aku menyebabkan pergerakan tangan aku berasa sakit..Jadi aku nasihatkan kepada pengunjung2 blog ni supaya berhati2 dengan demam chikungunnya ni kerana walaupun tak bawak maut atau menyebabkan cacat ke lumpuh ke tapi kalo dah kena pehh nak buat keja ladang cukup payah kerana sendi2 susah nak gerakkan..Tambah yang bela ternakan sorang2..Ade yang kena jual kambing nanti..Untuk pengetahuan penyakit ni boleh bertahan dalam badan sekurang2nya antara 6 bulan hingga setahun..Cuma dia tak attack sepanjang masa la..Kejap kena kejap sehat..Sekarang aku sudah kembali sehat dan normal..Syukur Alhamdullilah..
Dah macam jurucakap klinik kesihatan dah aku..Berbalik kepada projek ternakan..Sekarang tgh kemarau dan ternakan aku kurang mendapat makanan hijau daripada sumber rumput dan daun..Rumput napier aku kurang 3 kali ganda daripada biasa semasa kemarau ni..Aku terpaksa upah orang untuk menghantar pelepah sawit untuk ternakan aku..Nak ikutkan kos memang la tinggi tapi tula antara sumber hijau yang masih boleh aku dapat selain melepaskan ternakan aku meragut..Nak ragut pun rumput mati..Camna nak jalan..
Tapi daripada pemerhatian aku penggunaan molases dan sagu rumbia dalam makanan ternakan membantu ternakan mengekalkan tenaga dan berat badan yang stabil walaupun kekurangan sumber rumput dan daun hijau..Sagu depa tibai sambai tinggal kulit batang rumbia ja..Molases aku beri dengan mencampurkan dalam air minuman..Kekurangan makanan hijau dan keadaan siang yang agak panas menyebabkan kambing dalam keadaan stress..Jadi untuk mengelakkan keadaan lebih buruk akibat stress, aku mengambil inisiatif dengan memberikan anti stress, memastikan air minuman sentiasa ada dalam takung air..
Kemarau kali ni menyebabkan kos aku meningkat dengan banyak..Malas nak cerita takut lemah semangat..Nampaknya aku kurang bersedia untuk menghadapi kemarau ni walaupun dah tanam rumput yang banyak..Mungkin penggunaan silaj, silaj tower, silaj bunker dan juga jerami padi sedikit sebanyak dapat membantu mengatasi maslah kekurangan makanan ni..Pas ni aku kena kaji balik apa yang mat salleh bagi kat boer depa masa time salji turun..Aku rasa pemberian rumput hay saja tak membantu ternakan tersebut..Munkin ada support tambahan yang lain utk diberikan..ok kat sini ja kot utk post ni..nt ada idea aku kongsi lg..salam..